MINGGU 4

PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK P&P BAHASA MELAYU

1. BAHAN SASTERA



Tajuk : Kasih Ibu Membawa ke Syurga
Bahan Bantu Mengajar : Video Lagu "Doa Untuk Ibu"
Sasaran : Tahun 4,5 dan 6

PAPAN CERITA PENGAJARAN MENGGUNAKAN BAHAN SASTERA

Langkah-langkah Pengajaran :

  1. * Sesi pengajaran dimulakan dengan guru menceritakan tentang ciri-ciri istimewa yang ada pada ibunya. Kemudian murid disuruh secara sukarela untuk menceritakan tentang ciri-ciri istimewa ibu mereka.
  2. * Seterusnya, murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. Murid diminta untuk menyatakn bagaimana cara untuk membalas jasa seorang ibu dalam perbincangan kumpulan masing-masing. Semasa perbincangan, guru harus membuat pemantauan bagi memastikan setiap murid mengambil bahagian dalam sesi perbincangan.
  3. * Kemudian, murid diminta menonton video lagu "Doa Untuk Ibu" disamping menghayati dan menyelami maksud lagu tersebut. Guru menerangkan maksud yang disampiakan oleh lagu yang diperdengarkan.
  4. * Seterusnya, murid sekali lagi dibahagikan kepada lima kumpulan (bergantung kepada jumlah murid). Murid diberi sekeping kad manila dan pen marker.
  5. * Di dalam kumpulan, murid diminta untuk mencipta lirik lagu yang bertemakan "Kasih Ibu" dengan menggunakan muzik atau rentak lagu yang pernah didengar ataupun lagu yang digemari. Lirik lagu tidak semestinya panjang. 
  6. * Setelah selesai, secara berkumpulan murid diminta untuk membentangkan hasil kerja mereka serta menyanyikan lagu yang telah dicipta.
  7. * Sebagai penutup, guru membawa murid untuk menyanyikan lagu "Doa Untuk Ibu" beramai-ramai.

2. BAHAN BIDANG ILMU LAIN




Tajuk : Cintai Sungai Kita
Bahan Bantu Mengajar : Video Cerita "Selamatkan Sungai Kita"
Sasaran : Tahun 4 dan 5


PAPAN CERITA PENGAJARAN MENGGUNAKAN BAHAN SASTERA

Langkah-langkah Pengajaran :
  1. * Sesi pembelajaran dimulakan dengan perkongsian pengalaman mandi di sungai oleh beberapa orang yang murid yang mempunyai pengalaman mandi di sungai. 
  2. * Kemudian murid menonton cerita "Selamatkan Sungai Kita", semasa menonton murid diminta untuk mengenalpasti pengajaran dari cerita tersebut.
  3. * Seterusnya, murid diminta menulis pengajaran daripada cerita tersebut di dalam buku latihan masing-masing dan setelah selesai guru bersama murid membincangkan jawapan.
  4. * Selepas itu, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan di dalam kumpulan murid diminta untuk membincangkan punca-punca pencemaran sungai.
  5. * Setelah selesai setiap kumpulan diminta untuk menulis dua jawapan di papan tulis dan pastikan tidak sama dengan kumpulan lain untuk dibincangkan bersama dengan guru. Guru berbincang jawapan bersama murid sambil membetulkan jawapan yang salah.
  6. * Akhir sekali, setelah membincangkan jawapan, murid diminta menyalin jawapan di dalam buku latihan dalam bentuk peta minda. 

3.  BAHAN TATABAHASA


Peribahasa Untuk Sekolah Rendah 2
View more presentations from Mohamed Naim Daipi
*Sumber : http://www.slideshare.net/mohamednaim/peribahasa-untuk-sekolah-rendah-2

Tajuk : Peribahasa Bahasa Melayu
Bahan Bantu Mengajar : Slaid Peribahasa Sekolah Rendah
Sasaran : Tahun 3 dan 4


PAPAN CERITA PENGAJARAN MENGGUNAKAN BAHAN SASTERA

Langkah-langkah Pengajaran :
  1. * Sesi pengajaran dimulakan dengan, guru memperkenalkan 10 daripada 20 peribahasa Bahasa Melayu yang terdapat di dalam slaid peribahasa di atas.
  2. * Guru menerangkan maksud setiap 10 peribahasa yang ditunjukkan kepada murid.
  3. * Kemudian murid diminta untuk memilih lima peribahasa daripada sepuluh yang ditunjukkan. Melalui lima peribahasa yang dipilih, murid diminta membina lima ayat berdasarkan peribahasa yang dipilih.
  4. * Setelah membina ayat, murid diminta untuk menyalin peribahasa yang dipaparkan beserta maksudnya di dalam buku tulis masing-masing.